Something went wrong!!!
Mudah
22 Min
Nak masukkan tauhu dalam diet harian anda? Cubalah resipi ini. Tauhu telah dimuatkan dalam pelbagai resepi makanan di serata dunia. Salah satu sebab tauhu amat digemari oleh ramai orang ialah rasa lemak manisnya yang mengasyikkan. Tauhu berkualiti diperbuat daripada susu soya segar. Oleh itu, keunikan rasa lemak manis kacang soya itu memberi tauhu satu keenakan yang istimewa dipadankan dalam pelbagai juadah. Selain itu, tauhu juga merupakan sumber makanan kaya protein yang sesuai untuk sesiapa yang mempunyai diet tanpa haiwan. Individu vegetarian atau berdiet vegan boleh menggantikan bahan protein seperti telur dan daging dengan tauhu dalam pelbagai sajian. Inilah sebab tauhu dimasak dalam pelbagai variasi, sama ada goreng, bakar, ataupun kukus. Dalam resepi tauhu kukus ini, tauhu stail Jepun yang lembut cair di mulut dipadankan dengan hirisan isi ayam sebagai protein tambahan yang enak. Bahan perasa seperti sos tiram MAGGI® pula dapat menaikkan lagi kelazatan umami yang ada dalam cendawan untuk kuah dengan rasa yang sempurna. Jika anda mahu sesuaikan resepi tauhu kukus ini sebagai diet berasaskan tumbuhan, gantikan sahaja tauhu dengan bahan lain seperti tempeh dan sayur pilihan. Kalau nak senang, lebihkan sahaja jumlah cendawan atau tauhu dalam resepi tauhu kukus ini untuk kadar protein yang dapat menggantikan daging atau isi ayam anda. Hasilnya, resepi tauhu kukus ini masih dapat dihidang dengan lazat, padanan yang paling ideal sekali dengan nasi panas dan lauk sayur yang lain.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
22 min
3 min
5 min
1 min
10 min
Pause
Play
Restart Timer
Minyak Jagung
0
Bawang Putih
Bawang Merah
Dada Ayam
Tauhu
Cendawan Shiitake kering
Lobak Merah
Sos Tiram MAGGI®
Air