Something went wrong!!!
Mudah
10 Min
Bulan-bulan puasa ini kalau boleh kita semua tentu nak hidangan yang ringkas, cepat tapi mesti lazat. Nak beli hari-hari di pasar Ramadan pun jemu jugak. Masak sendiri juga puas hati. Tapi bagi yang bekerja bila sampai rumah tentu tak banyak masa lagi untuk berbuka puasa. Apatah lagi bila bersahur, terkejar-kejar nak sediakan hidangan untuk keluarga. Jadi, biasanya kita capai dan masak apa saja bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk. Kadang-kadang kita dah ada sajian utama tapi saja nak tambahkan lauk di atas meja untuk pilihan keluarga. Maklumlah bila berpuasa selera pun mungkin berubah. Bila ada lauk tambahan, anak-anak lebih berselera untuk berbuka atau bersahur. Bahan yang mudah dan biasanya ada di dalam peti sejuk rumah anda adalah telur. Seperti yang kita semua tahu telur adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan sumber protein. Ia bukan sahaja sangat mudah untuk disediakan, tapi juga sangat murah berbanding sumber protein yang lain. Sebiji telur mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Tomato pula sememangnya mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Secara umumnya, tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95% dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat. Jadi apa lagi, jom kita terjah peti sejuk untuk mencuba resipi Telur Hancur Tomato yang dibawakan oleh MAGGI® sempena bulan Ramadan ini. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk menyediakannya. Sajian paling sempoi, hinggakan encik suami pun boleh buat sajian Telur Hancur Tomato ini. Bila lagi nak rasa masakan air tangan suami kan? Tapi ingatkan dia untuk tambahkan MAGGI® CukupRasa, perasa semua dalam satu yang diperbuat daripada bawang segar dan rempah-ratus ke dalam telur bagi membangkitkan lagi keenakannya. Bagi yang suka makanan pedas-pedas, tambah saja MAGGI® Pes Sambal Tumis yang diperbuat dengan bawang segar dan cili serta mudah pecah minyak semasa menumis hirisan bawang. Walaupun sajian Telur Hancur Tomato ini nampak agak ringkas tapi rasanya memang terbaiklah. Kalau dapat lauk ni memang tak pandang lauk lain dah. Bukan hanya anak-anak kecil yang menyukainya, tapi orang dewasa pun turut menyukai Telur Hancur Tomato ini. Hidangkan dengan nasi panas-panas, tapi sedap juga kalau anda makan dengan roti. Anda boleh jadikan Telur Hancur Tomato ini sebagai inti sandwich. Bakar roti dan tambah pulak sedikit cili padi yang dipotong ke dalamnya, perghh...tentu semua terliur untuk merasai kelazatannya. Jadi, cubalah resipi Telur Hancur Tomato yang ringkas dan mudah ini untuk berbuka atau bersahur dan anda serta keluarga gerenti akan puas hati.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
10 min
1 min
2 min
Pause
Play
Restart Timer