Something went wrong!!!
Mudah
35 Min
Masakan kurma adalah hidangan yang digemari ramai. Sama ada kurma ayam, kurma daging ataupun kurma telur. Hidangan beraroma dan berperisa lazat ini menggabungkan telur rebus dengan kuah yang kaya dengan perisa dan beraroma enak. Ikuti resepi Telur Masak Kurma ini untuk mengetahui cara membuat hidangan yang menyelerakan ini. Mulakan dengan mendidih 10 biji telur. Setelah masak, kupas kulitnya dan ketepikan. Seterusnya, kisar 3 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia dan setengah cawan air hingga halus. Kemudian, tumis bahan kisar sehingga garing. Bancuhkan 6 senduk serbuk kurma dengan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak. Langkah seterusnya ialah tambahkan dua setengah cawan air, kentang yang telah dipotong dan 2 Kiub Pati Ayam MAGGI®. Biarkan mendidih sehingga kentang masak. Anda boleh tahu kentang telah masak jika ia lembut hingga ke bahagian tengah kentang. Selepas itu, masukkan telur rebus dan satu pertiga cawan santan, secubit MAGGI® CukupRasa, tomato yang telah dipotong dan cili hijau yang telah dibelah dua. Reneh selama kira-kira 5 minit dan siap! Telur masak kurma sedia untuk dinikmati. Hidangan telur masak kurma yang lazat ini dengan nasi panas atau roti dan nikmati hidangan yang enak dan mengenyangkan. Jangan terlepas resepi kami yang lain seperti Nasi Goreng Sambal Garing, Mi MAGGI Goreng Banjir Muar, dan Pasta Cendawan Berkrim Dengan Bebola Ayam.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 8 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
35 min
10 min
3 min
5 min
7 min
Pause
Play
Restart Timer