Something went wrong!!!
Sederhana
15 Min
Adakah anda mencari sesuatu sajian untuk sambutan Tahun Baru Cina? Cubalah resepi Tumisan Akar Teratai dengan Saderi Penuh Keceriaan ini! Masakan sayur-sayuran yang bernutrisi yang berperisa unik dan lazat haruslah dicuba. Satu suap pasti boleh menceriakan hari anda. Akar teratai merupakan bahan yang biasa digunakan di dalam masakan kaum Cina. Ia mengandungi pelbagai manfaat serta rasa yang unik. Walaupun dinamakan akar, ia sebenarnya merujuk kepada ubi pokok teratai. Akar teratai apabila dipotong, memberi bentuk seperti bunga yang menjadikan hidangan ini lebih menarik. Jom sediakan hidangan enak ini. Mulakan dengan menumis bawang putih sehingga garing. Masukkan air, 1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®, 2 sudu kecil Stok Pekat Ayam MAGGI®, dan sesudu kecil gula. Gaul kesemuanya dan renehkan. Masukkan pula kekapis dan renehkan. Setelah masak, ketepikan. Kemudian, celurkan saderi dan akar teratai. Tumiskan kedua-dua sayur yang telah dicelur bersama lobak merah dan cendawan kulat hitam. Seterusnya, masukkan semula sos bersama kekapis. Tambah bancuhan tepung kentang untuk pekatkan kuah. Taburkan hirisan cili merah dan kacang gajus. Ta-da! Siaplah Tumisan Akar Teratai dengan Saderi Penuh Keceriaan.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 8 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
15 min
2 min
3 min
Pause
Play
Restart Timer