Something went wrong!!!
Sederhana
45 Min
Yee Sang adalah sesuatu yang perlu ada di meja makan pada waktu sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Berasal dari Malaysia, masakan salad ini dinikmati pada Tahun Baru melambangkan kekayaan melimpah ruah, kemakmuran, dan semangat. Hidangkan masakan ini yang berlainan kerana ia menggunakan laksa. Yee Sang merupakan masakkan yang menyusunkan beberapa komponen untuk di lambungkan bersama-sama. Sediakan masakan lazat Yee Sang Penuh Kemakmuran ini menggunakan resepi mudah ini. Untuk komponen pertama, celurkan MAGGI® Mi selama 3 minit. Kemudian, rendamkan ke dalam air sejuk dan ketepikan. Seterusnya, gaulkan MAGGI® Mi dengan 1 paket perencah MAGGI® Laksa Warisan dan ketepikan. Komponen kedua adalah udang. Hanya celurkan udang dan ketepikan. Komponen seterusnya, adalah telur. Gaulkan 4 biji telur bersama satu sudu kecil MAGGI® CukupRasa. Kemudian, dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan ratakan bancuhan telur. Gorengkan telur sehingga masak. Setelah masak, ketepikan sehingga sejuk dan gulung dan hiris. Sementara itu, anda boleh sediakan sos Yee Sang. Kisar nenas bersama air dan gaulkan juga 1 sudu besar madu dan 2 paket perencah MAGGI® Laksa Warisan. Renehkan sos sehingga menjadi sedikit pekat dan ketepikan. Komponen terakhir adalah sayur-sayuran. Hiriskan sayur lobak merah, timun Jepun, daun bawang dan bunga kantan. Siap semua komponen masakan ini. Tinggal hanya untuk menyusun kesemua komponen diatas pinggan dan sediakan bijan, kulit wanta, perahan limau kasturi dan sos untuk ditaburkan semasa menghidang. Sambut tahun baru dengan kelimpahan Yee Sang Penuh Kemakmuran yang lazat ini! Hidangan unik dan menyelerakan yang harus dicuba! Ikuti resepi ini dan nikmati bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
45 min
5 min
2 min
10 min
7 min
15 min
6 min
Pause
Play
Restart Timer