Skip to Main Content
Resipi
Aktiviti
MAGGI®
Produk
MyMenu Plan
Lagi
MAGGI®
Dari Dapur Kami
Memupuk Generasi Muda
Idea Masakan 7 Hari MAGGI®
Tips Dapur
Lagi
Cari
Log masuk
Kata kunci
Resipi
Aktiviti
MAGGI®
MAGGI®
About Us
Produk
MyMenu Plan
Lagi
Lagi
Log masuk
Ciri Memilih Sayuran Segar
Sayuran dan buah-buahan memainkan peranan penting untuk hidangan seimbang dan penumbuhan badan kami. Tetapi pemilihan sayuran dan buah-buahan haruslah tepat supaya kami sentiasa dapat sayuran yang segar. Berikut adalah tips untuk memilih sayuran segar.
Pastikan Sayuran Tidak Layu
Kesegaran sayuran boleh diperhatikan dengan cara melihat daun atau di tangkainya. Jika layu, bermaksud sayur-sayuran itu sudah tidak segar.
Cara Memilih Sayuran yang Baik mengikut Warna Sayur
Antara cara pemilihan sayuran adalah dengan perhatikan warnanya. Jika sayuran berubah warna, sebaiknya jangan pilih kerana ia sudah tidak lagi segar dan sihat.
Sayuran Harus Bebas daripada racun Perosak
Macam mana nak tahu sayuran bebas daripada racun perosak? Mudah saja, dengan melihat bahagian berlubang yang ada pada sayuran. Itu bermakna, ada ulat yang sudah makan dan sayuran itu tidak mengandungi bahan racun perosak.
Cara Memilih Sayuran yang Baik mengikut Tekstur dan Baunya
Ia haruslah tidak lembik and tidak berbau, kriteria ini juga wajib dalam memilih sayuran/buahan. Jika ia berbau atau teksturnya aneh dan lembik, sebaiknya jangan dipilih kerana ia bermakna sayuran sudah tidak segar.
Pilih Sayuran yang Belum Dibersihkan
Sayuran yang masih baik dan segar adalah yang belum dibersihkan.
Ciri-cirinya adalah masih ada akar dan masih kotor oleh lumpur atau tanah (jika jual dipasar).
Sayuran yang belum dibersihkan terbukti jauh lebih segar dan ia boleh tahan dengan lebih lama.