Keenakan daging memang tidak boleh disangkal lagi. Sama ada daging lembu atau kambing, anda boleh menikmati kelazatannya dalam pelbagai juadah, daripada sajian tempatan hingga ke Barat. Bayangkan sahaja rendang daging yang disajikan di pagi hari raya, atau sepinggan stik mewah yang dimasak sempurna. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa daging memang satu sajian yang digemari di seluruh dunia.
Selepas anda tahu pelbagai cara lembutkan daging, anda pasti tercari-cari resepi daging yang sesuai untuk dimasak agar keluarga anda dapat menjamu selera dengan sepuas hati. Jangan risau, sebab MAGGI ada pelbagai juadah daging yang anda boleh cuba.
Sajian Daging Merah Memukau Selera
Ramai yang tahu sajian masak merah ini memang sudah menjadi kegemaran ramai. Ini termasuklah resepi daging masak merah ini, sebab memang best lebih lagi bila disajikan bersama nasi minyak istimewa dan acar. Aromanya sahaja boleh membangkitkan selera dengan mudah sekali, kerana ia disediakan dengan pelbagai rempah ratus seperti serai, kayu manis, dan bunga lawang. Yang paling penting, bahan rahsia yang menjadikannya begitu lazat adalah sos merah MAGGI yang diperbuat daripada pelbagai ramuan segar dan asli. Sebab itulah lauk ini memang sedap sangat.
Daging Hitam Dengan Kelazatan Masin Manis Sempurna
Ada juga yang rasa lauk daging masak hitam ini berbunyi aneh. Tetapi ia sebenarnya adalah daging masak kicap yang memang terkenal sekali dalam kalangan penggemar daging tempatan. Kalau nak lagi sedap, tambah saja kehangatan dengan serbuk lada hitam MAGGI untuk rasa daging masak kicap yang lebih kaw. Keenakan rasa kicap digabung dengan rasa manis daripada gula melaka ini memang sudah cukup untuk menjadikan daging anda suatu lauk yang menggiurkan sekali.
Mi Goreng Daging Sempoi Dan Menambat Selera
Macam mana kalau anda nak masukkan daging dalam satu juadah yang begitu sempoi, sedap, dan cepat dihidangkan? Sesuai sebagai menu sarapan di hujung minggu, serlahkan rasa air tangan anda hanya dengan resepi mi goreng daging yang mudah dan lazat ini. Selepas anda aplikasikan cara lembutkan daging menggunakan petua yang anda pelajari, campak-campak sahaja cebisan daging potong bersama bahan lain dalam resepi ini. Lagi-lagi jika anda sertakan pes sambal tumis MAGGI, rasa pedas dalam sajian mi daging ini memang syok sehingga buat anda rasa nak tambah berkali-kali.
Nak cari resepi lain selain daging? Jangan risau, kerana MAGGI ada pelbagai resepi menarik menanti anda. Kalau tak percaya, cubalah masak sekarang!