Anda sudah tahu cara memilih daging, ayam atau ikan yang baik? Setelah anda berjaya dapatkan bahan-bahan basah ini dengan kualiti dan kesegaran yang baik, inilah masanya untuk anda jadikan ia pelbagai juadah yang enak untuk disajikan bersama.
Tapi selain daripada tahu cara memilih daging dan bahan basah yang lain, anda juga perlu tahu memilih bahan masakan yang lain. Ini termasuklah serbuk perasa, sos, dan perencah yang dapat menyempurnakan masakan anda.
Nak cari bahan-bahan ini tanpa perlu bersusah-payah? Dapatkan sahaja bahan-bahan MAGGI seperti berikut, dan anda sudah boleh bersedia untuk masak dengan riang di dapur.
Pelengkap Juadah Dengan MAGGI CukupRasa.
Anda tak ada banyak rempah ratus atau bahan perencah di dapur? Sama ada nak masak juadah sempoi seperti nasi goreng, atau lauk-pauk seperti gulai dan rendang, semuanya boleh jadi hebat dengan serbuk MAGGI CukupRasa.
Dibuat dengan ramuan asli seperti bawang putih, bawang merah, dan macam-macam lagi, perencah CukupRasa dapat menjadi peneman dapur anda yang sempurna. Makanan yang serba biasa boleh rasa seperti dilengkapi bahan-bahan spesial hanya dengan beberapa cubit perencah hebat ini.
Lauk Masam Manis Enak Dengan Sos MAGGI
Selepas anda dah beli bahan basah dengan cara memilih daging, ayam, atau makanan laut yang betul, bolehlah anda buat lauk-pauk yang best dengan sos MAGGI.
Siapa kata sos MAGGI hanya boleh dibuat bahan pencicah sahaja? Sebenarnya, anda boleh gunakan sos MAGGI untuk macam-macam aplikasi. Nak buat ayam masak merah dengan rasa masam, pedas dan manis yang kaw? Pilih sahaja dari rangkaian sos merah MAGGI untuk beri anda pelengkap rasa yang begitu sempurna.
Kiub MAGGI Penyelamat Resipi
Semua ramuan sudahpun anda letak dalam masakan anda. Tapi lepas anda rasa sedikit, macam ada sahaja yang kurang.
Jangan risau, kerana kiub MAGGI boleh menjadi penyelesai masalah. Misalnya kiub ikan bilis yang boleh memberi rasa makanan laut asli, ataupun kiub tomyam untuk buat kuah tomyam anda ada rasa kick Thai yang asli. Beli sahaja beberapa kotak kiub perasa MAGGI untuk dilengkapkan di dapur anda sekarang, dan semua masakan anda boleh mendapat rasa yang lazat dan lengkap dengan mudah.
MAGGI Sebagai Pilihan Utama Anda
Dah tahu cara memilih daging, ayam, dan bahan basah yang lain, sekarang anda wajib ada produk-produk ini di dapur. Dengan MAGGI, anda tak perlu risau lagi untuk menyiapkan juadah yang menyelerakan buat orang yang anda sayang. Dapatkan sahaja di mana-mana pasar raya berhampiran anda, dan anda terus boleh masak dengan riang.